Pendapat anda tentang portal terkini Istana Terengganu?
KALENDAR
PROMOSI WEB
Jata Kebesaran Negeri Terengganu
Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul lman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.
Menurut cerita, orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa ( Dato' Mata-Mata ) dan hasilnya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi kegunaan rasmi pada tahun 1932.
Lambang kebesaran ini mengandungi :-
Bulan Bintang :
Melambangkan Negeri Islam
Mahkota :
Melambangkan Pemerintahan Di Raja
Pedang dan Keris Panjang :
Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri
Quran :
Di sebelah kanan melambangkan Undang-Undang
Buku Undang-Undang :
Di sebelah kiri melambangkan keadilan
Wali / Selampai :
Melambangkan Alat-Alat Istiadat Kebesaran
Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan di dalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu "Jawatan Kerajaan Terengganu". Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah di tambah cokmar dan perkataan "Jawatan Kerajaan" dihapuskan manakala perkataan "Terengganu" dikekalkan.