Untitled Document
   
Carian
Kuala Terengganu
 
Untitled Document
 
Laman Web Rasmi KDYMM Sultan Terengganu

HADITH HARI INI

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.

 

UNDIAN

Pendapat anda tentang portal terkini Istana Terengganu?

Sangat Menarik :
Menarik:
Perlu Dibaiki:
Tiada Komen:
 

KALENDAR

 

PROMOSI WEB

 

 

 

 

 

 

Masjid Abidin

Sebagai sebuah negeri Islam, maka masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadi tempat untuk beramal ibadat. Negeri Terengganu Darul Iman berasa bangga dengan adanya sebuah masjid bersejarah yang kini dikenali dengan nama Masjid Abidin yang tersergam indah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu. Dahulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Putih.

Bangunan masjid ini pada asalnya merupakan sebuah istana kayu yang didirikan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II (Marhum Masjid 1793-1808) kemudian dalam tahun 1269H/1852M, Almarhum Baginda (Sultan Umar) telah mendirikan bangunan baru daripada batu. Bangunan masjid ini telah diperbesarkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III, kira-kira dalam tahun 1319H (1901M)

Menurut cerita, masjid ini pada mulanya didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 1 1/2 depa lebar.

Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan itu dibaiki dan diperbesar seperti mana sekarang (sebelum tambahan baru) dengan ditambah tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam, dinding tembok simen, diadakan sutuh dan tiga buah menara. Pembinaanya pada masa itu dikelolakan oleh Tengku Muda Kemaman (Tengku Panglima Besar), dan tukangnya pula terdiri daripada orang-orang Melayu dan juga Cina. Tulisan-tulisan kasar yang terdapat di pintu masuk utama telah ditulis oleh Tengku Abdul Kadir bin Salim, manakala lukisan-lukisan kecil pula dilukis oleh Tuan Haji Abdul Rahman.

Mimbar yang ada sekarang dibuat oleh Encik Abdul Kadir. Semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, perubahan besar telah dibuat dengan tambahan baru yang hampir sekali ganda luasnya dari bangunan asal dan penambahan alat-alat baru. Selain daripada tempat untuk beribadat, masjid ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan.

 

 

 

 

 


 

Maklum Balas | Bahasa Inggeris | Polisi & Privasi | Hubungi Kami | Peta Laman | Notis Perundangan

Hak Cipta Terpelihara Laman Web Kerajaan Negeri Terengganu

hit counter
Bilangan Pelawat