top of page

PORTAL RASMI

BERITA

01

SULTAN MIZAN KURNIA DARJAH KEBESARAN KEPADA 111 INDIVIDU

sultan-mizan-3-e1687073569407.jpeg

PROGRAM/AKTIVITI

01

MAJLIS UCAPTAMA DAN AMANAT DATO’ PENGELOLA

IST_3657.JPG

MAKLUMAN DAN HEBAHAN

PENCAPAIAN

5S

EKSA

RENUNGAN

Muslim Yang Baik


Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” (Hadith riwayat al-Bukhari,No. 10, 6484, Muslim, No. 40)


Pengajaran

Asal perkataan Islam adalah dari perkataan Salam yang bermaksud selamat sejahtera. Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.


Muslim yang sempurna mestilah  menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya dan tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau dengan apa jua sekalipun. Sebaliknya jika seseorang Muslim  sanggup melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, maka dia termasuk dalam golongan orang yang tidak sempurna Islamnya.


Seseorang Muslim yang baik juga ialah apabila dia mampu menjaga keselamatan orang lain selepas dirinya berhijrah meninggalkan perkara-perkara buruk yang dimurkai Allah SWT. 

Sumber : Portal myHadith  JAKIM

CAPAIAN KAKITANGAN

bottom of page