top of page

AKTIVITI

MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2018 DAN MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN DAN PERTUKARAN

Pada 9 Januari 2018, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2018 dan Majlis Perpisahan di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Amanat Tahun Baru 2018 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham. Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan penjawat awam seharusnya menunjukkan tahap prefesionalisme yang tinggi dan semangat dalam bekerja. Amalan kerja yang cekap, cepat, teratur serta berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab akan meningkatkan keyakinan diri  dan prestasi kerja.

 

Beliau juga berharap, dalam kita melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, kita seharusnya tidak mengetepikan elemen-elemen yang boleh membawa kepada rasa suasana keharmonian dalam sesebuah organisasi. Keharmonian ini mampu meningkatkan produktiviti dan melonjakkan pencapaian organisasi sesebuah jabatan.

Majlis ini juga turut meraikan kakitangan yang akan akan bersara dan bertukar ke jabatan lain. Warga kerja Pejabat KDYMM Sultan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kepada mereka sepanjang berada di jabatan ini.

MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN
INDOOR GAMES

INDOOR GAMES

Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Biro Sukan KEKITE telah mengadakan ‘Indoor Games’  pada 23 dan 24 Februari 2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Acara yang telah dipertandingkan adalah ping-pong, dart, congkak, dan karom berkumpulan dan disertai oleh ahli – ahli kelab. Hadiah pemenang bagi semua acara telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham yang juga merupakan Penasihat Kelab Kekite.

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB KEKITE

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN KAKITANGAN ISTANA TERENGGANU (KEKITE)

Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Kekite kali ke 12 pada 1 Mac 2018 (Khamis) di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham merangkap Penasihat Kelab.

Turut hadir pada mesyuarat ini, Pengerusi Kelab, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Hindun, barisan ahli-ahli jawatankuasa kelab dan ahli-ahli kelab seramai 124 orang.

Majlis perasmian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi dan seterusnya Mesyuarat Agung Kelab Kekite kali ke 12 bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.

PERJUMPAAN BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

PERJUMPAAN BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham telah mengadakan beberapa siri perjumpaan bersama pegawai-pegawai dan kakitangan setiap unit bertujuan untuk memberi nasihat dan motivasi serta mendengar segala permasalahan yang berlaku.

Penganjuran program santai dan sesi dialog itu diadakan untuk berkongsi pandangan berkaitan isu-isu di tempat kerja dan bertujuan mengeratkan hubungan antara Ketua Jabatan dan kakitangan dengan adanya komunikasi dua hala. Kedua-dua belah pihak sentiasa berkomunikasi dan masing-masing  mempunyai peranan penting ke arah menentukan hubungan terjalin dengan baik dan mencapai matlamat jabatan. Ini agar dapat memupuk budaya kerja yang lebih efektif dan memenuhi keperluan pihak yang dipertanggungjawabkan.

PERTANDINGAN BOWLING

PERTANDINGAN BOWLING

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengajurkan pertandingan bowling untuk ahli-ahli kelab pada 28 Ogos 2018 di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square.

Pertandingan ini telah dihadiri oleh 60 orang ahli dan bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang.

PROGRAM MAKAN DURIAN

PROGRAM MAKAN DURIAN

Program Makan Durian anjuran Kelab KEKITE yang telah diadakan pada 31 Julai 2018 berlangsung dengan meriah di perkarangan tempat letak kereta, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program yang dihadiri kira-kira 80 kakitangan menyajikan lebih kurang 300 biji durian dan manggis. Disamping itu, turut diadakan cabutan bertuah dan juga teka berat durian.

PERTANDINGAN BADMINTON

PERTANDINGAN BADMINTON

Pertandingan Badminton Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) oleh Biro Sukan Kelab KEKITE telah diadakan pada 10 dan 11 Ogos 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki. Perlawanan kategori perseorangan lelaki telah dimenangi oleh Encik Mohd Hanafi bin Ahmad manakala kategori beregu lelaki dimenangi oleh Encik Mohd Yasin bin Harun dan Encik Mohd Rifin bin Sulong . Hadiah pertandingan disampaikan oleh Penolong Pengelola, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan serta mengatur strategi corak permainan. Disamping itu juga, menggalakkan penglibatan aktiviti berkaitan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf.

MAJLIS PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN

MAJLIS PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Penyembelihan Korban pada 22 Ogos 2018 (Rabu) bertempat di Perkarangan Istana Badariah, Kuala Terengganu. Sebanyak  2 ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut dan pelaksaanaan ibadah korban telah dijayakan dengan teratur dari peringkat penyembelihan sehinggalah pengagihan.

PROGRAM KESIHATAN DAN DERMA DARAH

PROGRAM KESIHATAN DAN DERMA DARAH

Pada 28 Ogos 2018 (Selasa),  Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan Program Kesihatan dan Derma Darah bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab KEKITE, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun dan telah dihadiri oleh semua kakitangan dan kontraktor yang bertugas di Istana Syarqiyyah.

Program sehari bermula jam 9.00 pagi itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan, berikutan kesedaran tinggi warga kerja mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan juga menderma darah bagi sama-sama meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Biro Agama Kelab Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE)  telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura yang diadakan pada 4 Oktober 2018 (Khamis) bersamaan 24 Muharram 1440H bertempat di perkarangan tempat letak kereta  Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari telah dibahagikan kepada 5 kumpulan (5 kawah) yang melibatkan semua kakitangan pejabat.

Program ini menjadi salah satu platform yang membolehkan seluruh ahli berinteraksi secara langsung sekali gus memupuk budaya saling bekerjasama dan semangat kerja berpasukan sesama mereka.

PROGRAM EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)
HARI BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

PROGRAM EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Bomba Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Program Emergency Response Team (ERT) yang telah diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2018 untuk pegawai dan kakitangan pejabat.

Pasukan ini ditubuhkan dalam usaha memantau dan menyelaras semua perkara berkaitan pencegahan dan keselamatan kebakaran serta dilatih dan memahami tanggungjawab ketika menghadapi sebarang kemungkinan.

Objektif keselamatan kebakaran adalah untuk menjamin keselamatan nyawa, melindungi harta benda dan menjamin keselamatan pasukan menyelamat.

HARI BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

Pada 3 November 2018 (Sabtu), Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Hari Bersama Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada semua pegawai dan kakitangan pejabat. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk semua peringkat umur.

Objektif program ini dilihat mampu mengeratkan silaturahim selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli dan memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga dan rakan berkumpul dan meluangkan masa bersama.

bottom of page