
PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN TERENGGANU
OFFICE OF HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN OF TERENGGANU
AKTIVITI
MAJLIS KURNIAAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2021
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
Pada 6 Mei 2021, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Kurniaan Hari Raya Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu bertempat di Dewan Serbaguna. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Pengelola Bijaya Diraja, Encik Zulkifli bin Ali.
Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih lagi dilaksanakan, perjalanan majlis telah diselaraskan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
MESYUARAT AGUNG KOPERASI KAKITANGAN ISTANA TERENGGANU BERHAD (KOIST)
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Pada 26 Disember 2020 (Sabtu), Koperasi Kakitangan Istana Terengganu Berhad (KOIST) telah mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Istana Terengganu Berhad kali ke 8 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Majlis Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Zulkifli bin Ali. Turut hadir pada mesyuarat ini, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Encik Mohd Solehin bin Ramli, Pengerusi KOIST, Encik Mohd Latib bin Ngah, Ahli-ahli Lembaga Koperasi, dan ahli-ahli koperasi.
Majlis dan mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.
MAJLIS ASYURA 2020/1442H
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() |
Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan kerjasama Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura pada 15 September 2020 (Selasa) bersamaan 27 Muharram 1442H bertempat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dibahagikan kepada 5 kumpulan (5 kawah) yang melibatkan semua kakitangan pejabat.
MESYUARAT AGUNG KELAB KEKITE KALI KE 14
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() |
Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab KEKITE kali ke 14 pada 11 Mac 2020 (Rabu) di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham merangkap Penasihat Kelab.
Turut hadir pada mesyuarat ini, Pengerusi Kelab, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi, YM Tengku Badrul Nizam bin Tengku Endut, barisan ahli-ahli jawatankuasa kelab dan ahli-ahli kelab.
Majlis perasmian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi dan seterusnya Mesyuarat Agung Kelab Kekite kali ke 14 bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Selain daripada mesyuarat agung, diadakan juga cabutan bertuah untuk ahli-ahli.
PERJUMPAAN BERSAMA PEMANDU-PEMANDU ISTANA
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
Pada 20 Januari 2020, satu perjumpaan pemandu-pemandu Istana Terengganu bersama Penolong Pengelola, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Perjumpaan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat atau permasalahan, motivasi dan nasihat kepada pemandu-pemandu agar memupuk budaya kerja cemerlang dan memenuhi keperluan pihak yang dipertanggungjawabkan. Disamping itu juga, diadakan sesi menandatangani perakuan berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972.
PROGRAM GOTONG ROYONG
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Pada 8 Januari 2020 (Rabu), Kelab Kebajikan dan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Biro Kebajikan Kelab telah mengadakan program gotong royong membaiki dan membersihkan rumah bekas pekerja Pejabat KDYMM Sultan Terengganu, Encik Shafie bin Ismail yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Semua ahli kelab yang terlibat turut membersih kawasan, mengemas bilik, dan membaiki segala kerosakan bagi mengurangkan beban penghuni rumah tersebut. Dengan adanya inisiatif ini akan dapat membantu beliau menjalani kehidupan dalam suasana lebih selesa dan rumah yang bersih.
PROGRAM ZIARAH KASIH ASRAMA ANAK YATIM PERKIM
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Pada 19 Disember 2019 (Khamis), Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Biro Wanita dan Biro Kebajikan telah mengadakan Program Ziarah Kasih di Asrama Anak Yatim Perkim, Gong Balai, Marang, Terengganu.
Aktiviti ziarah dan gotong-royong ini telah bermula pada jam 10 pagi hingga jam 5 petang dan disertai oleh 60 orang ahli kelab. Ahli Jawatankuasa dan anak-anak yatim asrama Perkim turut menerima sumbangan daripada kelab. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kekite, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun.
CERAMAH SOLAT KRITIKAL
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah menganjurkan ceramah agama berkenaan Solat Kritikal pada 20 Jun 2019 bertempat di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Shukri bin Haji Ali dan dihadiri oleh semua kakitangan pejabat.
Tujuan diadakan ceramah ini adalah bagi memberi kesedaran kepada semua berkenaan pentingnya solat sebagai tanda hubungan hamba dengan Penciptanya.
KURSUS PENGUKUHAN PENGETAHUAN DAN MAKLUMAT ISTIADAT DAN PROTOKOL
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
Unit Istiadat Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pengetahuan dan Maklumat Istiadat dan Protokol pada 25 hingga 27 Ogos 2019 bertempat di Resort World Kijal, Kemaman. Seramai 31 perserta daripada semua unit di Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah hadir pada kursus tersebut. Taklimat dan ceramah kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Shafee bin Omar.