top of page

BERITA

PERLAWANAN AMAL BOLA SEPAK KEKITE FC DAN PASUKAN PEGAWAI TADBIR KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 30 Mac –Satu perlawanan amal bola sepak antara Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE FC) dan Pasukan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.


Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berkenan mencemar duli menyertai perlawanan amal tersebut. Turut menyertai perlawanan tersebut Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua`az.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut bersama-sama anakanda beliau, Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra`. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato` Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail dan dif-dif jemputan.

Perlawanan yang berlangsung selama sejam ini telah dimenangi oleh KEKITE FC dengan keputusan 4-2.

PERLAWANAN AMAL BOLA SEPAK
PROGRAM 'BICYCLE RIDE AND STREET SOCCER'

PROGRAM 'BICYCLE RIDE AND STREET SOCCER'

Marang, 1 April – Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Majlis Daerah Marang telah mengadakan Program 'Bicycle Ride and Street Soccer' bertempat di Pejabat Daerah Marang.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berkenan mencemar duli menyertai program tersebut. Hadir sama pada program tersebut Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua'az.

 

Aktiviti ini menarik minat beberapa kelab berbasikal dengan jumlah penyertaan seramai 420 peserta. Program berbasikal bermula di Istana Syarqiyyah, Chendering dan berakhir di Pejabat Daerah Marang.

 

Setibanya di Pejabat Daerah Marang, satu perlawanan 'Street Soccer' telah diadakan sempena keberangkatan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke daerah tersebut.Program seumpama ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti berbasikal serta kecergasan . Ia dapat membina semangat kerjasama dan menanam minat remaja dan belia Negeri Terengganu dalam sukan ini. Disamping itu juga, rakyat berpeluang beramah mesra bersama Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT KDYMM SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan tempat letak kereta Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda-anakanda berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir sama pada majlis ini Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Mohd Zubir Embong dan dif-dif jemputan.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang ini turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, syarikat-syarikat swasta dan rakyat. 

bottom of page