top of page

AKTIVITI

LAWATAN MUHIBBAH KE NEGERI JOHOR

Kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan lawatan muhibbah ke negeri Johor pada 9 hingga 11 April 2017.


Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi maklumat luar dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama bagi mempertingkatkan motivasi kepada kakitangan-kakitangan istana.

LAWATAN MUHIBBAH KE NEGERI JOHOR
KURSUS PEMANTAPAN BAHASA MELAYU

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA MELAYU

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengajurkan satu Kursus Pemantapan Bahasa Melayu untuk kakitangan pejabat ini yang dikendalikan oleh pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 April 2017 bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa kebangsaan warga sektor perkhidmatan awam dalam penyediaan dokumen rasmi seperti laporan, memo dan surat-menyurat. 

PERJUMPAAN PEMANDU-PEMANDU

PERJUMPAAN PEMANDU-PEMANDU ISTANA BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

Pada 2 Mei 2017, satu perjumpaan pemandu-pemandu Istana bersama Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Perjumpaan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat atau permasalahan, motivasi dan nasihat kepada pemandu-pemandu agar memupuk budaya kerja cemerlang dan memenuhi keperluan pihak yang dipertanggungjawabkan.

PERJUMPAAN PELAYAN-PELAYAN ISTANA

PERJUMPAAN PELAYAN-PELAYAN ISTANA BERSAMA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

Pada 3 Mei 2017, satu perjumpaan pelayan-pelayan Istana bersama Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja telah diadakan di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi nasihat dan motivasi serta mendengar segala permasalahan yang berlaku agar dapat memupuk budaya kerja yang lebih efektif dan memenuhi keperluan pihak yang dipertanggungjawabkan.

MALAM NISFU SYA'ABAN

MAJLIS NISFU SYA’ABAN

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan satu Majlis Nisfu Sya’aban pada 11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya’aban 1438H selepas waktu Maghrib.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah dihadiri oleh kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dan semua jemputan.

PERTANDINGAN BOWLING

PERTANDINGAN BOWLING KELAB KEKITE

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengajurkan pertandingan bowling untuk ahli-ahli kelab pada 13 Mei 2017 di Arena Bowling Paya Bunga Square.

Pertandingan ini telah dihadiri oleh 52 orang ahli dan bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang.

MAJLIS BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Istana Badariah, Kuala Terengganu.


Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan-kakitangan pejabat.

PERTANDINGAN MEMASAK

PERTANDINGAN MEMASAK

Pertandingan Memasak Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) oleh Biro Hal Ehwal Wanita Kelab KEKITE telah diadakan pada  hari Sabtu, 26 Ogos 2017 bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Pertandingan ini telah disertai oleh enam kumpulan dan setiap kumpulan disertai oleh dua orang. Resepi masakan adalah masakan ikan tradisional atau moden. Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Nor Hafizan binti Mohd Nowawi dan Puan Noorosemawati binti Sulaiman. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh  Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham.

 

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat memasak dan disamping itu dapat mencungkil bakat serta kreativiti dalam bidang masakan. Secara tidak langsung, dengan adanya pertandingan ini dapat mengeratkan lagi siltaurahim antara peserta dan penganjur.

PERTANDINGAN BADMINTON

PERTANDINGAN BADMINTON

Pertandingan Badminton Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) oleh Biro Sukan Kelab KEKITE telah diadakan pada 24 hingga 26 Ogos 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki. Perlawanan kategori perseorangan lelaki telah dimenangi oleh Encik Mohd Yasin bin Harun dan kategori beregu lelaki dimenangi oleh Encik Faisal bin Abdullah dan Encik Hasif bin Che Su. Hadiah disampaikan oleh Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan serta mengatur strategi corak permainan. Disamping itu juga, menggalakkan penglibatan aktiviti berkaitan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf.

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KAKITANGAN ISTANA TERENGGANU BERHAD (KOIST)

Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), Koperasi Kakitangan Istana Terengganu Berhad (KOIST) telah mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Istana Terengganu Berhad kali ke 5 di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

 

Majlis Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham. Turut hadir pada mesyuarat ini, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Puan Norlelah Bt Samsudin, Pengerusi KOIST, Encik Mohd Latib bin Ngah, Ahli-ahli Lembaga Koperasi, dan ahli-ahli koperasi.

Majlis dan mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan kerjasama Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura pada 12 Oktober 2017 (Khamis) bersamaan 21 Muharram 1439H bertempat di perkarangan tempat letak kereta  Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dibahagikan kepada 5 kumpulan (5 kawah) yang melibatkan semua kakitangan pejabat.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Encik Mohd Azmi bin Mohamad Daham

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2016.

Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima dan berharap agar semua pegawai dan kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu terus mempertingkatkan lagi prestasi kerja dan mutu perkhidmatan.

PERTANDINGAN FUTSAL

PERTANDINGAN FUTSAL 

Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Biro Sukan KEKITE telah mengadakan perlawanan futsal untuk kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu pada 28 Oktober 2017 bertempat di Hazlan Futsal.

Pertandingan ini terbahagi kepada 7 kumpulan dan dimenangi oleh pasukan Bayern Munich. Hadiah disampaikan oleh Encik Wan Adnan bin Wan Hindun.

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA ISTANA 2017

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA ISTANA 2017

Pada 10 dan 11 November 2017, Kelab KEKITE telah menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Istana untuk kakitangan Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja selenggara di Istana Syarqiyyah.

Pertandingan ini terbahagi kepada 8 kumpulan dan mendapat sambutan hangat oleh para peserta. Juara pertandingan ini telah dimenangi oleh Zaiton and Partner, naib juara oleh PDRM, tempat ketiga dari Sinar Jernih dan tempat keempat oleh Istana Terengganu. Hadiah kejohanan disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun, Penolong Pengelola Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

bottom of page