EKSA

VISI 

Memastikan Pejabat Pejabat KDYMM Sultan Terengganu menjadi sebuah Jabatan yang mengamalkan amalan persekitaran berkualiti sejajar dengan visinya untuk memartabatkan Institusi DiRaja Terengganu sebagai sebuah institusi yang sentiasa dihormati dan disanjung tinggi

MISI 

Menjadikan persekitaran kerja di Pejabat KDYMM Sultan Terengganu satu persekitaran yang berkualiti dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan keselesaan yang maksimum kepada KDYMM Sultan, KDYMM Sultanah dan DYTM Yang DiPertuan Muda Terengganu.

POLISI

Warga kerja Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu komited dalam mewujudkan persekitaran bekerja yang bersih, selesa, selamat dan kondusif untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang inovatif dan produktif

OBJEKTIF

 

Memastikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sentiasa menjadi amalan berterusan bagi menjamin keberkesanan organisasi bersesuaian dan bertepatan dengan objektif jabatan yang menjurus kepada :-

  • Mempertimbangkan profesionalisme dalam pengurusan dan pentadbiran Institusi Istana serta memupuk budaya kerjasama melalui penyertaan semua bagi menyempurnakan segala urusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi

  • ​Memupuk budaya ilmu, iman dan amal ke arah melahirkan pegawai dan kakitangan istana yang mukmin dan berwawasan dalam usaha memberi kepuasan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, dan

  • Mengamalkan pengurusan secara korporat dan sistematik dan selamat didalam mengurus dan mentadbir Institusi Istana

LOGO

GALERI

profil-uD2
profil-Pent2
profil-Pent3
profil-Kew2
profil-Pent1
profil-Kew1
profil-ist4
profil-ist1
profil-hei3
profil-ist2
profil-ist3