PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN TERENGGANU
OFFICE OF HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN OF TERENGGANU
PROGRAM/AKTIVITI
MAJLIS UCAPTAMA DAN AMANAT DATO’ PENGELOLA
Pada 10 Januari 2023 (Selasa), Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Ucaptama Dan Amanat Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.
Ucaptama dan Amanat Tahun Baru 2023 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar. Dalam ucapan, beliau mengingatkan penjawat awam seharusnya menunjukkan tahap prefesionalisme yang tinggi dan semangat dalam bekerja. Amalan kerja yang cekap, cepat, teratur serta berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab akan meningkatkan keyakinan diri dan prestasi kerja.
Beliau juga berharap, dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, sebagai penjawat awam seharusnya tidak mengetepikan elemen-elemen yang boleh membawa kepada rasa suasana keharmonian dalam sesebuah organisasi. Keharmonian ini mampu meningkatkan produktiviti dan melonjakkan pencapaian organisasi sesebuah jabatan.
MESYUARAT AGUNG KELAB KEKITE
Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab KEKITE kali ke 15 pada 3 April 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar.
Turut hadir pada mesyuarat ini, Pengerusi Kelab, Tuan Haji Mohd Zulhilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi, YM Tengku Badrul Nizam bin Tengku Endut, barisan ahli-ahli jawatankuasa kelab dan ahli-ahli kelab seramai 124 orang.
Majlis perasmian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi dan seterusnya mesyuarat bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN
Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat jabatan pada 15 Mei 2023 bertempat di Sumai Hotel, Kuala Terengganu.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri antara warga kerja dan keluarga disamping menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya oleh Dato' Pengelola Bijaya DiRaja kepada anak- anak kakitangan jabatan.
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA
Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan kerjasama Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bersamaan 23 Muharram 1445H bertempat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dibahagikan kepada 5 kumpulan (5 kawah) yang melibatkan semua kakitangan pejabat.
PROGRAM MAKAN DURIAN
Program Makan Durian anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) yang telah diadakan pada 22 Ogos 2023 (Selasa) berlangsung dengan meriah di perkarangan tempat letak kereta, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.
Program yang dihadiri semua kakitangan dan menyajikan lebih kurang 300 biji durian. Disamping itu juga, turut diadakan Pertandingan Teka Berat Durian.