top of page

PROGRAM/AKTIVITI

MAJLIS UCAPTAMA DAN AMANAT YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

Pada 4 Januari 2024 (Khamis), Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Ucaptama Dan Amanat Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja bertempat di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Ucaptama dan Amanat Tahun Baru 2024 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato' Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar. Dalam ucapan, beliau mengingatkan penjawat awam seharusnya mewujudkan visi, misi dan matlamat dalam urusan peribadi serta pekerjaan dan secara tidak langsung, akan melahirkan sikap profesional yang tinggi dan mempunyai sasaran yang ingin dicapai.

 

Beliau juga berharap, dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, sebagai penjawat awam seharusnya tidak mengetepikan elemen-elemen yang boleh membawa kepada rasa suasana keharmonian dalam sesebuah organisasi. Keharmonian ini mampu meningkatkan produktiviti dan melonjakkan pencapaian organisasi sesebuah jabatan.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Pertandingan Bola Tampar Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) oleh Biro Sukan Kelab telah diadakan pada 17 Februari 2024 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. 

Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan serta mengatur strategi corak permainan. Disamping itu juga, menggalakkan penglibatan aktiviti berkaitan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf.

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN BUKU PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP)

Pada 27 Februari 2024, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah berjaya melancarkan Buku Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2024-2028 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Turut serta bagi memeriahkan majlis pelancaran ini, Yang Berbahagia Dato' Haji Hadi bin Hassan (Timbalan Setiausaha Kerajaan Bahagian Pembangunan Manusia dan Integriti) dan KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid (Pengarah SPRM Negeri Terengganu)

bottom of page