top of page

KATA ALUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya sebagai Dato' Pengelola Bijaya DiRaja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan daripada seluruh kakitangan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas usaha membina portal kerajaan negeri ini.

Saya yakin, semua pihak sependapat dengan saya tentang kebaikan dan faedah yang didapati daripada portal ini. Laman-laman web agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain mampu menjadi perantara dan  penghubung kepada rakyat dan kakitangan kerajaan khususnya dalam menyampaikan maklumat.

Sejajar dengan arus pemodenan, kemudahan ICT memainkan peranan yang sangat penting. Oleh itu, saya merasakan usaha penggunaan portal ini sangat wajar diteruskan dan patut digalakkan kepada semua rakyat negeri ini.

Paparan di dalam laman web Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu merupakan sedikit sebanyak maklumat tentang organisasi ini dan diharapkan ianya dapat memberikan manfaat kepada semua pelawat. Dengan itu, saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

dato songkok hijau 2_edited.jpg

Dato' Pengelola Bijaya DiRaja
Dato' Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar
DPMT., SMZ., P.J.K.

bottom of page