top of page

INFORMASI ORGANISASI

LATAR BELAKANG

Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, merupakan sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang bertanggungjawab dalam pengurusan keperluan bagi Kesultanan Negeri Terengganu.

 

Pejabat ini yang dikenali sebagai Pejabat Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sultan Terengganu sebelum ini, bertujuan untuk menganjurkan, kawalan dan melaksanakan keperluan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sultan Terengganu sebagai pemerintah tertinggi di Negeri Terengganu.

 

Pentadbiran ini, bertanggungjawab untuk menguruskan institusi Kesultanan Terengganu itu dan perkara-perkara pentadbiran negeri untuk mengambil tindakan terhadap dekri persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

FUNGSI

Peranan utama ialah untuk memberi khidmat khusus kepada Institusi DiRaja Negeri dalam semua hal bersangkutan Istana termasuklah pengurusan pentadbiran & kewangan, aspek keselamatan, penyeliaan & penyelenggaraan Istana serta pengangkutan.

 

Berperanan sebagai perantara & penyambung perhubungan antara Kerajaan Negeri & institusi luar dengan Istana. Ini bagi memastikan segala urusan rasmi dan tidak rasmi yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu serta Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu disalurkan melalui jabatan ini.

VISI JABATAN

Memartabatkan imej & peranan pejabat ini sesuai kedudukannya yang menguruskan institusi tertinggi (Istana) negeri ini.

 

Mempertingkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan pentadbiran Institusi Istana.

Mengamalkan pengurusan secara korporat yang sistematik dan selamat di dalam mengurus dan mentadbir Institusi Istana

MISI JABATAN

Memberikan sepenuh keselesaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu dan Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Terengganu.

PERANAN UNIT

PENTADBIRAN & KEWANGAN
  • Mengurus hal pentadbiran pejabat.

  • Mengurus dan mengawal perbelanjaan.

  • Merancang dan mengurus sumber manusia.

  • Mengadakan Belanjawan Tahunan.

  • Pengurusan kenderaan.

  • Mengurus premis dan kawasan Istana.

ISTIADAT
  • Mengurus Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebersaran dan lain-lain istiadat rasmi negeri.

  • Menyelaras majlis-majlis sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan.

  • Mengurus dan menyelaras Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu.

  • Mengurus dan menyelaras istiadat-istiadat :-

    • Perkahwinan DiRaja

    • Berandam Surai

    • Kemangkatan DiRaja

  • Mengurus dan menjaga peralatan istiadat dan alat kebesaran negeri.

  • Menyelaras aktiviti nobat dan biduanda. 

  • Memberi khidmat nasihat dalam perkara berkaitan tertib dan adat istiadat Istana.

HAL EHWAL AGAMA
  • Menyelaras majlis-majlis kegamaan di dalam dan luar Istana yang melibatkan DYMM Sultan dan DYMM Sultanah Terengganu.

  • Membaca doa dalam semua majlis tidak rasmi di Istana dan semasa keberangkatan tidak rasmi DYMM Sultan dan DYMM Sultanah Terengganu.

  • Menyembah maklum kepada DYMM Sultan dalam urusan-urusan berikut :-

    • Mesyuarat MAIDAM;

    • Surat-surat berkaitan pelantikan/penamatan imam, khutbah jumaat dan lain-lain surat hal keagamaan;

    • Masalah-masalah agama yang dibangkitkan dalam akhbar/majalah tempatan serta sebaran am.

  • Mengatur jadual Solat Jumaat Kebawah DYMM Tuanku Sultan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terenganu

  • Menyelaras aktiviti surau Istana.

  • Memberi khidmat nasihat (kaunseling) dan tunjuk ajar kepada kakitangan dalam hal-hal berkaitan keagamaan.

URUSAN DIRAJA
  • Mengurus surat/ dokumen rasmi kerajaan dan lain-lain agensi yang perlu diangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku  Sultan.

  • Menyelaras semua majlis anjuran Istana dan pihak luar yang melibatkan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu.

  • Menyelaras dan menentukan semua urusan pergerakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan rombongan di dalam dan ke luar negeri (termasukan penempahan tiket penerbangan/penginapan/kenderaan).

  • Mengurus dan mengatur semua urusan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku  Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah  Terengganu.

PENGURUSAN ISTANA
  • Mengurus segala persiapan mengenai keceriaan tempat dan peralatan bagi Istiadat dan majlis- majlis di Istana.

  • Menyelaras tugas dan mengatur keperluan tenaga anggota untuk jamuan di majlis istiadat dan majlis-majlis Istana.

  • Mengurus dan mengawal perbelanjaan dapur Istana.

  • Memastikan urusan penyelenggaraan setor sentiasa kemaskini dan teratur termasuklah inventori stok keperluan dapur

DYTM YDP MUDA
  • Menyelaras majlis yang melibatkan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu.

  • Menyelaras urusan pergerakan rasmi dan tidak rasmi Duli Yang Teramat Mulia Yang    di-Pertuan Muda Terengganu dan rombongan.

  • Menentukan pengiring-pengiring Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu ke istiadat dan majlis rasmi.

  • Mengurus temujanji mengadap orang-orang awam perseorangan dan kumpulan.

  • Mengangkat sembah surat-surat rasmi kerajaan kepada Duli Yang Teramat Mulia Yang  di-Pertuan Muda Terengganu.

SENGGARA & OPERASI
  • Memberi perkhidmatan dan perundingan teknikal kepada jabatan dalam penyelenggaraan aset secara profesional dan kos efektif.

  • Memastikan semua aset jabatan unit berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa untuk mencapai objektif penyampaian perkhidmatan jabatan.

  • Mengekalkan kefungsian aset bangunan bagi memenuhi ciri-ciri fasiliti dan teknikal yang direkabentuk serta ekonomik untuk digunakan.

  • Memastikan perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan dan yang berkaitan dengannya sentiasa efektif dan efisien dalam memenuhi kehendak jabatan.

bottom of page