top of page

PROGRAM/AKTIVITI

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2024

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 pada 28 Ogos 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Seramai 17 orang warga jabatan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat jabatan dan seorang telah menerima menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri sebagai pengiktirafan atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar.

Majlis ini turut diserikan dengan sambutan meraikan warga jabatan yang telah bersara sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat.

MAJLIS BUBUR ASYURA

Suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan mewarnai Majlis Bubur Asyura yang diadakan pada 24 Julai 2025 di perkarangan tempat letak kereta Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga pejabat melalui aktiviti memasak dan mengagihkan bubur asyura bersama-sama.

Majlis berjalan dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga jabatan.

CERAMAH PEMANTAPAN SOLAT

Pada 22 Julai 2025, telah diadakan Ceramah Pemantapan Solat bertempat di Dewan Teater, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah bin Haji Husin, Ahli Panel Klinik Hukum, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Program ini bertujuan memberikan pencerahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada warga pejabat mengenai kepentingan solat serta adab pelaksanaannya.

Majlis mendapat sambutan yang baik dan diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran rohani dalam kalangan warga jabatan.

KARNIVAL SUKAN 2025

Bersempena dengan usaha memupuk semangat kesukanan, Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Terengganu (KEKITE) Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah menganjurkan Karnival Sukan pada 15 Julai 2025 bertempat di kawasan sekitar pejabat.

Program ini diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh hubungan silaturahim antara warga pejabat melalui pelbagai acara sukan dan aktiviti riadah.

Karnival ini berlangsung dalam suasana meriah dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua warga jabatan.

HUBUNGI KAMI / CONTACT US

PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU

OFFICE OF HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN OF TERENGGANU

Istana Syarqiyyah

20500 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Telefon/Phone : +609-621 6000

Faks/Fax            : +609-621 6116

Hakcipta Terpelihara © 2024 Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

Copyright © 2024 Office of HRH The Sultan of Terengganu. Best viewed using Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolution 1024 x 768

Terma Penggunaan | Dasar Keselamatan | Penafian dan Dasar Privasi |

Jumlah Pengunjung/Hit Counter

Tarikh Kemaskini / Last Update : 18 Oktober 2025

bottom of page