top of page

PROGRAM/AKTIVITI

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 pada 12 Ogos 2026, bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap warga jabatan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen yang tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun 2025.

Seramai 16 orang warga jabatan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato' Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar.

Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga Pejabat KDYMM Sultan Terengganu untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan, mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh dedikasi dan integriti.

PROGRAM BUBUR ASYURA

Suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan mewarnai Program Bubur Asyura versi Piala Dunia yang diadakan pada 7 Julai 2026 di perkarangan tempat letak kereta Pejabat KDYMM Sultan Terengganu.

Program ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga pejabat melalui aktiviti memasak dan mengagihkan bubur asyura bersama-sama.

Majlis berjalan dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga jabatan.

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN 5 PENJURU

Pejabat KDYMM Sultan Terengganu telah menganjurkan Karnival Sukan 5 Penjuru Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan lima pasukan, terdiri daripada satu pasukan warga Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dan empat pasukan daripada syarikat kontraktor yang menjalankan perkhidmatan serta kerja-kerja di kawasan Istana.

Karnival ini mempertandingkan lima acara sukan iaitu ping pong, bola sepak, bola tampar, bowling dan badminton, yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, semangat kesukanan dan persahabatan.

Penganjuran karnival ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat serta menguji keupayaan peserta dalam bidang sukan, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan memperkukuh hubungan baik antara warga Pejabat KDYMM Sultan Terengganu dengan pihak kontraktor.

Majlis Penutup Karnival Sukan 5 Penjuru Tahun 2026 telah berlangsung pada 21 Mei 2026 sebagai kemuncak kepada program yang menyatukan para peserta dalam semangat kesukanan dan setiakawan. Walaupun bersaing untuk merebut kemenangan, nilai persahabatan, kerjasama dan semangat kesukanan terus menjadi keutamaan sepanjang karnival berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Sukan 5 Penjuru Tahun 2026. Semoga penganjuran ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah untuk memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Pejabat KDYMM Sultan Terengganu serta rakan-rakan kontraktor.

HUBUNGI KAMI / CONTACT US

PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU

OFFICE OF HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN OF TERENGGANU

Istana Syarqiyyah

20500 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Telefon/Phone : +609-621 6000

Faks/Fax            : +609-621 6116

Hakcipta Terpelihara © 2026 Pejabat KDYMM Sultan Terengganu. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

Copyright © 2026 Office of HRH The Sultan of Terengganu. Best viewed using Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolution 1024 x 768

Terma Penggunaan | Dasar Keselamatan | Penafian dan Dasar Privasi |

Jumlah Pengunjung/Hit Counter

Tarikh Kemaskini / Last Update : 07 September 2026

bottom of page