top of page

BERITA

LAWATAN KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR
PERLAWANAN AMAL BOLA SEPAK

LAWATAN KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DAERAH KEMAMAN

KEMAMAN – Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin  berkenaan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di daerah Kemaman pada 5 Januari 2018 . Turut bersama dalam lawatan tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua`az.

 

Ketibaan baginda kira-kira jam 10.30 pagi tadi disambut oleh pegawai dari pelbagai agensi, anggota pasukan penyelamat dan mangsa banjir.

 

Sebaik tiba, baginda mendengar taklimat banjir oleh Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohd Zahari Bin Md. Azahar dan kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta melawat sekitar pusat pemindahan. Baginda juga berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Beris Meraga, Kemaman.

PROGRAM 'BICYCLE RIDE AND STREET SOCCER'

PERLAWANAN AMAL BOLA SEPAK KEKITE FC DAN PASUKAN PEGAWAI TADBIR KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu –Satu perlawanan amal bola sepak antara Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE FC) dan Pasukan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 30 Mac 2017.


Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berkenan mencemar duli menyertai perlawanan amal tersebut. Turut menyertai perlawanan tersebut Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua`az.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut bersama-sama anakanda beliau, Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra`. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato` Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail dan dif-dif jemputan.

Perlawanan yang berlangsung selama sejam ini telah dimenangi oleh KEKITE FC dengan keputusan 4-2.

PROGRAM 'BICYCLE RIDE AND STREET SOCCER'

Marang – Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Istana Terengganu (KEKITE) dengan kerjasama Majlis Daerah Marang telah mengadakan Program 'Bicycle Ride and Street Soccer' bertempat di Pejabat Daerah Marang pada 1 April 2017.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berkenan mencemar duli menyertai program tersebut. Hadir sama pada program tersebut Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua'az.

 

Aktiviti ini menarik minat beberapa kelab berbasikal dengan jumlah penyertaan seramai 420 peserta. Program berbasikal bermula di Istana Syarqiyyah, Chendering dan berakhir di Pejabat Daerah Marang.

 

Setibanya di Pejabat Daerah Marang, satu perlawanan 'Street Soccer' telah diadakan sempena keberangkatan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke daerah tersebut.Program seumpama ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti berbasikal serta kecergasan . Ia dapat membina semangat kerjasama dan menanam minat remaja dan belia Negeri Terengganu dalam sukan ini. Disamping itu juga, rakyat berpeluang beramah mesra bersama Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

bottom of page